Pengenalan mengenai lutut (knee)
- Tulang paha (femur) dan tulang kering (tibia) disambungkan oleh penyambungnya iaitu lutut. Lutut pula mempunyai ligamen-ligamen yang penting untuk pengerakan dan keseimbangan badan iaitu
i) anterior cruciate ligament (ACL)
ii) posterior cruciate ligament (PCL)
iii) tibial/fibular collateral ligament
dan juga mempunyai meniscus dan articular cartilage.
- lutut dilindungi oleh kepala lutut (patella). Penyambung antara dua tulang dialas oleh articular cartilage yang terdapat dihujung tulang. Miniscus adalah untuk menyerap/meresap hentakkan semasa berlaku pegerakkan.
- kerjasama/gabungan antara komponen lutut dengan otot-otot di kaki membolehkan kita berjalan, berlari dan melompat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah peranan Anterior cruciate ligament (ACL)
- anterior cruciate ligament (ACL) merupakan antara ligamen yang penting untuk mengstabilkan lutut.
- kekerapan berlakunya kecederaan lebih tinggi jika dibandingkan dengan ligamen-ligamen yang lain.
- ia terletak ditengah-tengah bahagian lutut diantara tulang peha dan tulang kering.
- pada kebiasaanya kecederaan pada ligamen ini terjadi apabila kita berhenti dan menukar arah secara mengejut.
- bunyi 'POP' akan kedegaran dan ia diikuti pula dengan rasa sakit dan bengkak....