Tuesday, September 2, 2014

Monday, February 7, 2011

tanda-tanda berlakunya kecederaan pada ACL


sewaktu/semasa kecederaan ini berlaku

-    kedengaran bunyi 'pop' yang kuat semasa melakukan aktiviti
-    beberapa jam kemudian lutut akan mula membengkak
-    kesakitan akan terasa jika kita meletkkan beban pada kaki
atau
-    kurangnya keseimbangan pada kaki dan  betis seakan-akan 'terkeluar' (giveaway ) ketika berjalan





     langkah-langkah kecemasan

 - semasa baring/tidur/duduk; seboleh-bolehnya tinggikan lutut yang cedera itu lebih dari paras abdomen (lebih tinggi dari jantung)  
  -  letakkan ais pada bahagian yang sakit untuk kurangkan bengkak.
  -   makan ubat tahan sakit.
  -  lakukan pemeriksaan selanjutnya seperti x-ray dan MRI (magnetic resonance imaging)

 

 

 

Wednesday, February 2, 2011

bagaimana kecederaan ini berlaku...


- kecederaan ACL ini boleh berlaku samaada dengan sendirinya (pegerakkan sendiri) atau disebabkan halangan secara kasar oleh pihak kedua.
- kecederaan sendiri bermaksud kita berhenti  dan  menukar arah penggerakan kita secara serentak/mengejut semasa berlari.
- halangan kasar bermaksud kita dihalang secara kasar. Ini biasanya terjadi apabila kita di'tackle' semasa bermain bolasepak atau pun ragbi.
- kecederaan ini biasa terjadi kepada pemain bolasepak,futsal bola keranjang dan ski
- kebelakangan in pemain-pemain futsal kerap mendapat kecederaan terputusnya ACL ini kerana futsal memerlukan kepantasan dalam gerakan dan permukaan gelanggangnya yang keras menyumbang lagi pada kecederaan ini.

Thursday, January 27, 2011

apakah yang dikatakan kecederaan ACL


- kecederaan ACL di difinasikan sebagai ketegangan yang melampau atau berlaku koyakkan  samaada sedikit ataupun putus keseluruhannya pada ligamen itu.

- kedudukan ACL dan PCL adalah dalam keadaan bersilang seperti 'X'.  sebab itu juga ia dinamakan 'cruciate'




- secara lazimnya apabila kecederaan berlaku, ligamen seperti PCL, collateral ligamen dan miniscus juga akan turut mengalami kecederaan terutamanya pemain bolasepak dan pemain ski.

-oleh kerana kelainan atonomy dan kekuatan otot, kaum wanita lebih senang terdedah pada kecederaan ini. Kanak-kanak pula akan berlaku kekoyakan ligamen bersama-sama dengan cerbisan tulang dan perlu menjalankan pembedahan untuk membetulkan tulang. 

- MRI perlu dilakukan untuk mengetahui secara terperinci mengenai tahap kecederaan.

- JIKA ANDA TIDAK AKTIF bersukan lagi  dan tidak melakukan kerja-kerja berat, tidak perlulah pembedahan TETAPI bila anda berjalan akan terasa tulang kering seakan-akan terkeluar 'give away' dan penyakit arthritis akan berlaku lebih awal. 
- Oleh itu fikir-fikirkan lah.....


Tuesday, January 25, 2011

323 hari selepas pembedahan ACL


kapten untuk separuh masa pertama
- hari yang 323 selepas pembedahan. Aku berjaya bermain bolasepak selama 30 minit. Ini adalah game padang yang ke 4 setelah aku berehat sekian lama. Sebenarnya agak lewat. Kenapa dan mengapa? Itu lah yang aku kupaskan di dalam blog aku ini. Ia akan mengambil  sedikit masa untuk aku menyiapkannya....



strategi
-berbincang  bersama coach norman. Tengok tu bro megat ...semangat tinggi tu. Ada yang tertinggal....pengurus pasukan bro muhadhir senario atau dikenali sebagai mr. rem.  Mereka  lah yang banyak membantu team MediaPrima Berhad

orang penting
- coach norman, dato jj, bro zaid, bro megat dan bro rashid

- aidid marcela dan abu bakar atan bersama coach berbincang ape tu?


- aku bersama bro burn

- 4G aku dan hafis....kepenatan


-aku guna gud lutut jenama x....hihihihi

-kesan bengkak...nanti akan dikupaskan secara lebih lanjut

- kesan bengkak dan parut operate




Friday, January 21, 2011

hi....i'm still new here......................

I  try my best to make this blog better.......... First, I want to share my experiences about the ACL  sugery  on my right knee....done on 8 march 2010.....my ACL was torn about one year ago.......It happen when I was involved in the futsal  tournament called LIGA FUTSAL KEBANGSAAN organised by FAM....present  for my company: Media Prima Berhad .........


favourite number

 I think.....I will create this blog in Bahasa Melayu..... exspecially for the ACL reconstruction coz there was no references in bahasa......

' hidup kita ini boleh diibaratkan seperti nombor lapan @ 8 kerana di dalam hidup ini ada kalanya kita di atas dan dibawah....ada masanya juga kita tersepit diantara kedua-duanya.....oleh itu jika kita berada di atas atau di bawah kita perlulah mengingati apa yang berlaku semasa kita berada ditengah-tengah itu........'